Tuesday, August 28, 2012

Jom! Karaoke :D

Penulis memang minat habis lah karaoke ni... Bila nyanyi, walaupun tak sesedap mana boleh hilang tensyen tau! (Baca Quran pun boleh kan, eh... hehehe)....

Oklah... Sebenarnya menyanyi ni elok tau... Tak percaya? Ha aku ada bukti tau...
Menurut seorang profesor ni, menyanyi ada faedahnya!

Professor Graham Welch, Chair of Music Education at the Institute of Education, University of London, has studied developmental and medical aspects of singing for 30 years: "The health benefits of singing are both physical and psychological. Singing has physical benefits because it is an aerobic activity that increases oxygenation in the blood stream and exercises major muscle groups in the upper body, even when sitting. Singing has psychological benefits because of its normally positive effect in reducing stress levels through the action of the endocrine system which is linked to our sense of emotional well-being. Psychological benefits are also evident when people sing together as well as alone because of the increased sense of community, belonging and shared endeavour."

Ha tu dia yang aku dapat kat internet... Translate kat bawah ni...

Profesor Graham Welch, Pengerusi Pendidikan Musik di Institusi Pendidikan, Unversiti of London, telah mengkaji   perkembangan dan aspek medikal berkaitan menyanyi selama 30 tahun: "Manfaat kesihatan yang kita dapat ketika menyanyi termasuk kelebihan fizikal dan psikologi. Menyanyi mempunyai manfaat fizikal kerana ianya sebuah aktiviti aerobik yang mampu meningkatkan kadar oksigen di dalam saluran darah dan ia juga melatih kumpulan utama otot di bahagian atas badan, walaupun ketika menyanyi sambil duduk. Menyanyi mempunyai manfaat psikologi kerana efek positif dalam mengurangkan stres melalui tindakbalas sistem endokrin yang mempunyai hubungan dengan kesejahteraan emosi kita. Manfaat psikologi juga boleh diamati dengan jelas ketika sebuah kumpulan menyanyi bersama mahupun sendiri kerana peningkatan rasa kemasyarakatan dan kekitaan."

Ha! Tengok tu... Menyanyi ni memang boleh hilangkan stres tau >.<

Oklah... Memandangkan kita tengah cakap pasal karaoke ni, aku nak kongsilah dengan korang apps yang boleh pakai kat android untuk menghilangkan kebosanan dengan berkaraoke ni... Buat masa ni ada beberapa apps yang penulis rasa memang best! Ha, ada juga satu app karaoke ni yang memang sesuai sangatlah buat peminat-peminat Kpop kat luar sana tuuuuu...

Karaoke Apps for Android!

1. Red Karaoke (Android - boleh download free dekat PlayStore atau apa-apa store yang ada kat Android korang!) - Red Karaoke ni mainly untuk orang yang minat lagu English la... Korang kena download app ni lepas tu kena register. Diorang akan bagi free 20 lagu pastu kalau korang nak lebih kena beli subscription... Tapi buat penulis 20 pun dah cukup lah untuk membuang kebosanan yang menyemak di hati... Cewahhh!

2. StarMaker (Free untuk Iphone dan Ipad, takde untuk Android -_-) - Yang ni app yang penulis rasa memang best tahap kamekameha! Tapi sayangnya cuma untuk Iphone dan sepupu sepapatnya je. App ni korang kena register juga, pastu diorang akan bagi korang free dalam 10 lagu... Korang kena nyanyi dan dapatkan star... Star yang korang dapat tu akan bagi korang koin dan koin tu korang boleh beli lagu baru! Memang best!

3. Kpop Holic (Android download guna Store yang ada kat phone korang) - Ha mendekat peminat-peminat Kpop. Nilah app yang memang sesuai sangat bagi yang nak jadi 2NE1 atau BigBang yang seterusnya... Hahaha! Kpop Holic ni memang best lah. Design dia pun cun jugak... Lirik dia ada dalam bahasa Korea dan romanization. Korang boleh nyanyi sepuas-puas hati korang!

Itulah dia apps yang setakat ni aku rasa memang top bagi kaki karaoke. Sayangnya belum jumpa lagi app karaoke dalam Bahasa Melayu... Kalau tak boleh jugak penulis nak layan lagu Siti! Selain tu, semua apps ni masa korang nyanyi, korang boleh rekod dan upload untuk bagi satu dunia dengar!

So apa lagi! Ha Jom! Karaoke!

Saturday, August 25, 2012

Salam semua!
Kucing Kelabu hidup mulai hari ini!!!
Kenapa? Kenapa mesti 'Kucing Kelabu'?
Sebabnya atas riba penulis sekarang tengah nyenyaknya tidur seekor kucing kelabu yang diberi nama 'Pomelo'... Maksud dia grapefruit dalam Bahasa Sepanyol... Cewah unik kan???
Oklah banyak merapu di posting pertama lumrah lah... Hehe ni baru nak kenal pencipta blog ni memang kena banyak merapu...
Merapu nombor 1: Sebenarnya sambil menaip-naip entry yang ke-pertama ni aku tengah melayan Princess Hours... Ahaks aishhh dah 7 tahun dah tapi tetap minat habis lah drama tu!!!
Merapu nombor 2: Aku suka makan! Hehe siapa tak suka? Jangan menipu!!!
Merapu nombor 3: Raya tahun ni jauh dari rumah... Kesepian ku sendiri T_T
Merapu nombor 4: Banyak merapulah pula aku ni... Dahlah sampai ke sini sahaja ye...
Hihihi...

Sampai ke lain entry... >.<